
Kepada para pembaca, assalamuailaikum dan selamat datang ke Jurnal Halal.
Tujuan blog ini ialah untuk memberi informasi kepada pengguna2 muslim di Malaysia tentang status halal produk2 harian dan juga restoran2 yang sering dikunjungi oleh pengguna2 sekalian. Kita sering mendengar khabar angin dan sering juga membaca email2 yg singgah di inbox kita yang memaklumkan kita bahawa sesuatu produk yang digunakan hari2 adalah haram. Sebagai seorang muslim, perasaan was2 akan muncul dalam hati dan rasa bersalah akan menjelma apabila nasihat yg diberikn kepada rakan tidak diendahkan malah pemberi nasihat pula dilabelkan sebagai penyebar berita palsu.
Hal ini disebabkan oleh ceteknya pengetahuan dan kesedaran tentang produk2 halal di Malaysia. Blog ini akan mengupas satu demi satu produk dan juga restoran2 untuk memastikan status halalnya yang sebenar. Dengan cara ini, pengguna2 sekalian dapat menggunakan hasil selidik blog ini untuk memastikan kesucian barang2 harian tanpa menghabiskan masa dan bersusah payah mencari maklumat yang tidak tentu akan ditemui. Pengguna yang menghabiskan masa mencari maklumat mungkin hanya akan berusaha separuh jalan dan akhirnya tidak mencapai apa2 konklusi.
Jika anda mempunyai keraguan, pertanyaan, cadangan, atau ingin mengetahui status halal sesuatu produk, sila hubungi saya melalui email di link contact me di bahagian atas atau kanan bawah.
Sentiasa mencari yang halal,