Assalamualaikum,
Tiba-tiba, e-mail mengenai sosej yang tidak halal singgah di inbox. Terasa perlunya mencari lebih maklumat tentang kesahihan email ni. Berikut adalah e-mail yang diterima:
Pejabat Menteri, JPM
Tel: 03-8872 5445
Faks: 03-8888 3768
Subject: FW: senarai brand sosej yg tidak halal
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus
babi adalah
· Gourmessa
· Muller's Haus
· Dew Fresh
· Puteri
· Miami Butcher House
· Maspac
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan
adalah;
· Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
· German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
· Puteri Pan Pacific (Puteri)
· MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
· Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
· Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)
Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki
menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah
· Palace of Golden Horses
· Coffee Bean Tea Leaf
· Hotel Equatorial
· Ikea Cafe
· Muller Sausage.
Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.

Sejauh manakah kebenaran email itu?
Dari atas sekali, ialah Gourmessa yang dibuat oleh Deluxe Food Services Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai sijil halal daripada JAKIM yang membawa maksud ia adalah halal. Sijil halal adalah di bawah nama DE-LUXE FOOD SERVICES SDN. BHD.
Kedua ialah jenama Muller's Haus dan Dew Fresh daripada German Delicatessen - Subang. Syarikat ini juga mempunyai sijil halal daripada JAKIM atas nama GERMAN DELICATESSEN SDN BHD. Setelah meneliti senarai produk yang mendapat sijil halal dan juga senarai produk di website syarikat tersebut, jenama Muller's Haus dan Dew Fresh tidak dijumpai.
Kemudian ialah jenama Puteri daripada Puteri Pan Pacific. Tiada rekod tentang sosej jenama Puteri di internet. Tiada maklumat juga yang dapat dicari tentang Syarikat Puteri Pan Pacific. Direktori halal JAKIM juga tidak mempunyai sebarang rekod jenama Puteri atau syarikat Puteri Pan Pacific.
MiamiButcher House - Batu Feringgi mempunyai sijil halal. Nama syarikat yang digunakan ialah Miami Food Products Sdn Bhd.
Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang mempunyai sijil halal dengan nama syarikat OMCORP SDN BHD. Omcorp Sdn Bhd memasarkan produk dengan jenama Omardeli. Jenama Dew Fresh tidah ada dalam senarai produk halal JAKIM di bawah syarikat Omcorp Sdn Bhd. Terdapat artikel menarik mengenai syarikat ini yang diasaskan oleh Abang Omar Abang Ali di sini.
Akhir sekali ialah syarikat Pacific Refgerating Sdn Bhd yag mengeluarkan sosej jenama Maspac. PACIFIC REFRIGERATING SDN BHD mempunyai sijil halal daripada JAKIM dengan sosej yang berjenama Maspac.
MULLER'S SAUSAGE HAUS SDN BHD mempunyai sijil halal JAKIM. Terdapat jenama Muller's Haus dalam email tetapi syarikat yang ditulis dalam email adalah tidak tepat.
Setakat ini semua syarikat dan jenama yang ditulis dalam email adalah halal kecuali sosej jenama Dew Fresh kerana tiada rekod dan jenam Puteri oleh Puteri Pand Pacific yang juga tidak mempunyai sebarang rekod di internet atau direktori JAKIM.
Bagi hotel dan restoran yang menyajikan sosej yang tidak halal, saya tidak dapat pastikan kerana tidak disebut hotel/restoran mana menggunakan sosej dari mana. Muller's sosej mempunyai sijil halal seperti di atas dan Coffe Bean juga mempunyai sijil halal.
Sentiasa mencari yang halal,

orang kita slalu buat speghetti gune sos Prego. Tapi sejak akhir-akhirni, dengar khabar product prego dlm botol kaca tuh x halal? sejauh mana btul perkara ni?
ReplyDeleteIni cerita dulu...tahun 2005. Kita yakin bahawa sekarang dah 2010, dan ada companya dah update sosejnya. Apapun kita perlu berhati-hati. EMail yang tersebar mungkin copy & paste dari email 2006 dulu.
ReplyDeletesalam...berkenaan produk jenama TATA yang mengeluarkan bahan2 untuk membuat kuih seperti serbuk koko,coklat masakan dan lain2...berkenaan produk ini...status produk ini halal atau pun tidak...banyak dijual dipasaran terutama nak raya lagi lah banyak dijual...
ReplyDeletesalam banyak orang islam sekarang ni makan main hentam je,sosej ,burger,ayam goreng kalau nak makan belilah keluaran ramly atau ayamas, ada juga yg lain yg halal. kalau yang murah tu biasanya kilang cina p . tapi siasat dulu kat internet siapa owner, ada peluang tengok kilang kalau ok bagi tau lah.jangan hentam dulu, dah dalam perut tak boleh nak tolong.
ReplyDeleteSosej ayamas hahal ke? Benarkah semua sarung sosej adalah daripada bahan tidak halal?
ReplyDeleteKITA BELI DARI KELUARAN RAMLY BURGERS AJE,
ReplyDeleteSUPPORT SEMUA KEDAI DAN KILANG KELUARAN ORANG ISLAM SAHAJA ,KADANG2 TUAN PUNYA CINA GUNA PEKERJA MELAYU ,KAMI TAK SOKONG
ReplyDeletehye..mmm, saya ni budak baru belajar tapi sy nak try jugak bagi pendapat..
ReplyDeleteselalunya daging sosej tu halal..yg tak halalnya sarung sosej tu sbb dari apa yang saya belajar, sarung sosej selalu dibuat daripada usus haiwan..
n tak semua usus haiwan itu adalah dari khinzir..
sbb ada sesetengah company dia gunakan sarng dari selulosa dengan usus kambing..
tapi secara lojik akal..bukankah daging khinzir lebih mahal..sbb saya pernah tanya dekat member chinese pasal harga daging khinzir dan mereka kata sgt mahal..jadi lojik ke bila kata daging yang murah tu dari daging khinzir?
tapi sebaik-baiknya, belilah sosej yang ada jenama halal..yang paling diyakini ramly dengan ayamas...hehe..
peace..pendapat saya je tau..sila jgn marah..
hye..mmm, saya ni budak baru belajar tapi sy nak try jugak bagi pendapat..
ReplyDeleteselalunya daging sosej tu dari lembu atau pun ayam..yg tak buatkan sosej tu haram adalah sarung sosej tu sbb dari apa yang saya belajar, sarung sosej selalu dibuat daripada usus haiwan..
n tak semua usus haiwan itu adalah dari khinzir..
sbb ada sesetengah company dia gunakan sarng dari selulosa dengan usus kambing..
tapi secara lojik akal..bukankah daging khinzir lebih mahal..sbb saya pernah tanya dekat member chinese pasal harga daging khinzir dan mereka kata sgt mahal..jadi lojik ke bila kata daging yang murah tu dari daging khinzir?
tapi sebaik-baiknya, belilah sosej yang ada jenama halal..yang paling diyakini ramly dengan ayamas...hehe..
peace..pendapat saya je tau..sila jgn marah..
http://hpafanclub.blogspot.com/2011/11/frankfurter-atau-hot-dog-keluaran.html
ReplyDeleteSOSEJ RAMLY PUN DIRAGUI
produk ramli is number one laa..huhu :)
ReplyDelete