Assalamualaikum pembaca2 dihormati,
Bolehkah sesuatu jenama menjadi haram? Rakan terus memberi respon,"Oi, kau gila ke? Kau ingat aku makan kasut Nike aku ke?". Menjadi kebiasaan untuk kita semua untuk mengaitkan halal dan haram kepada makanan dan minuman tetapi kita mesti tahu halal dan haram juga terdapat dalam cara pemakaian, pekerjaan dan lain2.
Jadi, bagaimana dengan jenama Nike? Nike telah memberikan sponsor kepada banyak pasukan sukan luar dan dalam negara. Apa masalah dengan menggunakan jenama Nike? Boleh pakai atau tidak?
Jenama Nike tidak asing kepada kita semua. Semua org tahu jenama Nike dan kualitinya yang bagus dan tahan. Antara produk2 Nike adalah kasut, baju, pakaian sukan, alatan sukan dan sebagainya. Harga jenama Nike yang sedikit mahal dari jenama2 yang lain tidak menjadi masalah kerana ia sangat terkanal dan terjamin mutunya. Namun begitu, sedikit permasalahan timbul apabila kita meneliti jenama itu betul2.
Sebelum apa2 mari kita fikir sejenak... Bolehkah kita memakai pakaian yang tertera lambang2 dari agama lain. Contohnya, bolehkan kita memakai kasut yang ade lambang salib? Bolehkah kita memakai baju yang tertera gambar Buddha? Jika difikir secara rasional tentunya tidak boleh. "Mestilah tak boleh, haram tu. Nanti ape kate orang pulak."
Kembali ke topik asal. Bagaimanakah jenama Nike bole menjadi haram? Jenama Nike sebenarnya diambil daripada nama tuhan greek iaitu Nike. Nike(tuhan greek) melambangkan kekuatan, kepantasan dan kemenangan. "Iye je kau nie... Memandai je.. Ape buktinye?" kata rakan. Saya tidak akan menulis tentang ini jika tiada bukti. Jadi, mari kita buat carian di wikipedia tentang Nike. Keputusan berikut diperolehi:
http://en.wikipedia.org/wiki/Nike_%28mythology%29
Daripada wikipedia, kita dapat pengesahan bahawa Nike memang nama tuhan greek yang melambangkan kemenangan. Jadi, bolehkah kita memakai pakain dengan nama Nike? "Itu bukti name je. Jenama Nike tak ade kene mengena ngan tuhan tu." kata rakan itu. Untuk membuktikan kaitannya, kita siasat profile syarikat Nike. Keputusan berikut diperolehi:
http://www.nikebiz.com/company_overview/facts.html
Baca di bahagian FOUNDING. It wasn’t until 1971 that BRS introduced the concept of the Greek winged Goddess of victory—Nike— followed by the launch in 1972 of the company we know today as Nike. Jelas sekali jenama Nike memang diambil bersempena dengan tuhan greek, Nike. Maklumat itu juga boleh didapati di wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Nike,_Inc.
Wikipedia juga menunjukkan jenama Nike diambil dari tuhank greek Nike. Lebih lagi, lambang Nike, "swoosh" melambangkan sayap tuhan greek itu.The Nike Swoosh logo represents the wing in the famous statue of the Greek Goddess of victory, Nike, who was the source of inspiration for many great and courageous warriors. Cuba pergi ke link ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Swoosh
Nama jenama Nike diambil dari tuhan greek dan lambang atau logo Nike melambangkan sayap tuhan greek itu. Rakan kita mula percaya tetapi berkata "Aku pakai bukan nak memuja tuhan tu. Ramai je yang pakai. Logo tu pon tunjuk sayap je, bukan dewa tu. Pakai ikut niat la".
Mari kita fikir balik. Bolehkah kita memakai baju yang tertulis padanya buddha dengan niat bukan untuk memujanya? Atau bolehkah kita memakai baju yang terdapat gambar kepala buddha dengan niat bukan untuk memujanya? Mestilah tidak boleh juga. Jadi tiada bezanya dengan Nike. Nike adalah tuhan greek dan digunakan untuk jenama Nike.
Masalah juga timbul dengan sikap manusia. Manusia susah untuk menerima perubahan atau mengubah sesuatu dalam sekelip mata. Mesti timbul cubaan2 untuk menunjukkan yang mereka betul walaupun mereka tahu apa yang dibuat adalah salah. Syaitan memang suka buatkan manusia berasa seperti itu. Seseorang itu tahu apa yang dibuatnya salah tetapi mereka menyedapkan hati dengan alasan2 sendiri. Hakikatnya, yang haram tetap haram.
Kesimpulannya, jenama Nike diambil daripada tuhan greek Nike dan logo Nike melambangkan sayap tuhan greek itu. Sebolehnya, kita perlu elak dari terus memakai jenama itu kerana perkara sebegini tidak dibenarkan dalam Islam.
Sentiasa mencari yang halal,


macam nama pula dengan pakaian yang ada lambang pasukan manchester united? baru - baru ini ada sesetengah pihak melarangnya, tetapi masih ramai yang tidak ambil peduli, malah masih terus memakai baju dan menyimpan koleksi pasukan berkenaan. jadi samalah juga macam kita menyimpan gambar syaitan dalam rumah..
ReplyDeletetukar ke jenama kualiti adidas... siasat jgn x siasat adidas
ReplyDeletekalau kita dah ada kasut atau barangan nike..
ReplyDeletepa yg kta ptot buat?
buang ke barangan2 tersebut?
salam
ReplyDeletesaya ada soalan.Adakah barangan berikut juga haram sebab namanya diambil dari false god
1. asus laptop-rujuk asal namanya http://www.asus.com/ContentPage.aspx?Content_Type=AboutASUS&Content_Id=9
2. camera canon eos- http://ancienthistory.about.com/od/egodsandgoddesses/g/EosDawn.htm
3. kereta mazda-
http://www.mazda.com/csr/download/pdf/2006/e2006_p01.pdf
masalahnya..tuhan greek nike tu pun tak wujud...ape kebendanya salah pakai brand nike. creator dia nak jual alat sukan..bukannya suruh menganut agama greek. GILA KE APA. Wallahuallam.
ReplyDeletenak tambah lagi..brand olympus camne??
ReplyDeletemengikut pndapat saya...benda ni tak salah...n kita letak bnda 2 kat kaki lagi...nak ke orang penganut agama 2 nak tuhan dia letakk kat kai dia?cubalah jgn nak jatuhkan satu perniagaan orang jika tuduhan tidak berasas..macam dulu..orang kata mcd haram tok makan...sbb pemilik dia orang kafir..tapi dalam islam...kita tidak haram tok berjual beli dngan orang kafir...nike hanyalah satu nama..kita pakai untuk bersukan..bukan sumthing yang kearah pemujaan..jgn terlalu taksub dngan agama samapi benda something macam ni nak disalahkan...agama itu mudah..jgn dirumitkan
ReplyDeletehati yang buta akan buat pelbagai alasan.gunakan barangan buatan Islam.harga mahal elok jangan beli pergi derma ke sekolah Islam yang perlukan duit kita.jangan sombong sangat di dunia ni.
ReplyDeleteItu terpulang pada niat masing-masing. Selama ini pakai barangan jenama Nike pun bukan untuk merosakkan akidah diri sendiri. Sekadar pakai sahaja untuk menghiaskan diri.
ReplyDeleteLagipun, tiada fatwa mengharamkan pemakaian jenama Nike. Kalau Ijmak Ulama Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan/Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia) mengharamkan pemakaian Nike, sudah lama Nike tidak akan dipakai oleh umat Islam di Malaysia.