Kepada para pembaca, assalamuailaikum dan selamat datang ke Jurnal Halal.Tujuan blog ini ialah untuk memberi informasi kepada pengguna2 muslim di Malaysia tentang status halal produk2 harian dan juga restoran2 yang sering dikunjungi oleh pengguna2 sekalian. Kita sering mendengar khabar angin dan sering juga membaca email2 yg singgah di inbox kita yang memaklumkan kita bahawa sesuatu produk yang digunakan hari2 adalah haram. Sebagai seorang muslim, perasaan was2 akan muncul dalam hati dan rasa bersalah akan menjelma apabila nasihat yg diberikn kepada rakan tidak diendahkan malah pemberi nasihat pula dilabelkan sebagai penyebar berita palsu.
Hal ini disebabkan oleh ceteknya pengetahuan dan kesedaran tentang produk2 halal di Malaysia. Blog ini akan mengupas satu demi satu produk dan juga restoran2 untuk memastikan status halalnya yang sebenar. Dengan cara ini, pengguna2 sekalian dapat menggunakan hasil selidik blog ini untuk memastikan kesucian barang2 harian tanpa menghabiskan masa dan bersusah payah mencari maklumat yang tidak tentu akan ditemui. Pengguna yang menghabiskan masa mencari maklumat mungkin hanya akan berusaha separuh jalan dan akhirnya tidak mencapai apa2 konklusi.
Jika anda mempunyai keraguan, pertanyaan, cadangan, atau ingin mengetahui status halal sesuatu produk, sila hubungi saya melalui email di link contact me di bahagian atas atau kanan bawah.
Sentiasa mencari yang halal,

alhamdulillah, dgn adanya blog sprt ini, kita sbgi muslim dpt mengetahui info pasal halal dan haram.
ReplyDeletesaya ada satu soalan, bagaimana dgn coklat cadbury? adkah ia halal dimakan w/p terdapat logo halal disitu? kerana cadbury dikhabarkan mempunyai code yg menunjukkan penggunaan khinzir di dlmnye. tq.
Terima kasih atas sokongan saudari.
ReplyDeleteCoklat Cadbury halal dimakan kerana ia mempunyai pengiktirafan halal dari JAKIM iaitu syarikat Cadbury Confectionary.
Saya rasa code yang saudari maksudkan ialah code2 E yang biasanya digunakan untuk pembuatan coklat. Produk yang mendapat kelulusan halal JAKIM yang mempunyai code tersebut adalah halal dimakan kerana ia telah dipastikan dari sumber yang halal oleh JAKIM.
Saudari boleh juga rujuk di Kod E E471 halal atau haram.
terima kasih atas info tersebut.
ReplyDeleteMengenai Mee kuning, Adakah pihak tuan menyenaraikan jenama mee yang halal atau tidak
ReplyDeletepertanyaan?
ReplyDeletesaya ada terpandang logo halal seperti yang dikeluarkan oleh jakim, tetapi dibahagian bulatan tertulis product muslim, saya agak meragui tentang statusnya, adakah sape2 yang boleh menjelaskannya. untuk pengetahuan product ini adalah keluaran 100% bumiputra muslim.
adkah kod2 e yg dikluarkn byk blog adalah untuk brgn import atau dlm negra??boleh x bg kod2 yg xhalal dlm negara dan luar negara???
ReplyDeletedan..
adakh sabun lux pasti tidak halal??
knapa negara kite tidak memberhentikn saja penjualan2 brgn haram??
pelik2.....
Pertanyaan?
ReplyDeleteKapsul Baraka Habbatuss Sauda dibuat daripada geletin tumbuhan atau haiwan? adakah ia halal?. Minta beri jawapan yang beserta dengan fakta kajian dan lain-lain...
assalamualaikum...aduss..ble tak snraikn produk2 yg halal n haram hsil kjian jakim yg trkini...sngt3 curiga da skrg ngan prodk2 ni..trima kasih.
ReplyDeleteASALAMUALAIKUM
ReplyDeletesy ade beli coklat cadbury dairy milk duo, tapi kandungan ada Emulsifier E476
so mcm mana status coklat ni.
satu lagi, sy beli kat kedai yg mmg jual coklat import di swk, dan baru perasan xde tanda halal.
nak tnya, coklat mars halal tak?
ReplyDeletesyukur lega saia untuk pengetahuan anda sya pengemar coklat terutama cadbury jadi selepas saya ada dengar cadbury haram saia sudah was2inig memakannya nasib baik saya tahu bahwa cadbury masih halal...
ReplyDeleteadakah sabun lux halal digunakan?
ReplyDelete