Assalamualaikum pembaca2 dihormati,Sushi King.... halal ke? Itulah persoalan yang akan menjelma di fikiran apabila rakan2 mengajak ke restoran tu. "Halal la tempat tu" tambah rakan berkenaan. Tapi halal ke?
Itu situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?
Jelas sekali restoran ini tidak akan dapat peniktirafan halal oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM!
"Kita bukan pegi minum arak pon. Makan sushi je. Sushi tu buat dari ikan la". Demikian pula alasan yang diberikan. Boleh ke macam tu? Dengan adanya minuman keras semestinya akan berlaku pencampuran antara yang halal dan haram. Pelanggan minum arak, mungkin arak tersebut menitik atau tumpah ke pinggan. Apabila dicuci, campur dengan pinggan mangkuk yang lain. Memang sah tidak halal.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ada sushi yang menggunakan bahan yang dinamakan mirin sebagai ramuannya. Apa itu mirin? Apakah perbezaannya dengan sake?
Persamaannya ialah kedua-duanya adalah kedua-duanya sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Jadi kedua-duanya adalah haram. Beza mirin dan sake ialah kandungan alcoholnya. Mirin mempunyai kandungan alcohol 14% dan sake mempunyai kandungan alcohol sebanyak 20%. Ada juga mirin yang mengandungi kandungan alcohol yang kurang tetapi yang haram tetap haram.
Cubaan menyemak status halal di laman web JAKIM menunjukkan Sushi King yang didaftarkan di bawah syarikat Sushi Kin Sdn. Bhd. tidak mempunyai sijil halal.
Email kepada pengurusan Sushi King juga menunjukkan respon yang restoran itu sesuai untuk pengguna2 muslim. Berikut adalah email yang dihantar dan respon Sushi King:
Email pertama dari http://afiqsdiary.blogspot.com/2009/05/sushi-king-is-non-halal.html:
Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of you premis entrance.
Jawapan dari Sushi King:
Dear Mohamed Afiq,
Thank you for your email.
For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.
All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Thank you.
May you have a great day ahead!
Warmest Regards,
Marilyn LimMarketing DepartmentSushi Kin Sdn. Bhd.Tel: 03-56319060 Ext: 283
Email kedua dari http://lepaktime.blogspot.com/2009/08/sushi-king-halal-ke.html:
Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.
Jawapan dari Sushi King :
Dear Faeza,
Thank you for your enquiry.
Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.
Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
On top of that, some of our restaurants do sell beer.
Hope this answers your question.
Thank you.
May you have a great day ahead!
Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200
Berikut pula adalah respon aduan dari website JAKIM(http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6616&a=U):
Tarikh Aduan : | 01/11/2007 - 11:17:51 |
Jawapan : | Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum. |
Kesimpulannya, Sushi King tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh pengguna2 muslim.
Jika anda merasakan maklumat ini berguna, sila sebarkan. Sila subscribe ke blog ini melalui email atau feed di ruangan atas kanan. Terima kasih.
Sentiasa mencari yang halal,

terima kasih dan izin kan saya syer atikel anda.
ReplyDeletesilakan share :)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya juga ingin share article anda dkt sebuah website yg menjadi bacaan public. Thanks!
Thanks sbb posted article ini.
Salam,
ReplyDeleteMaklumat yg sgt berguna..sgt rmai dikalangan shbt muslim sy gemar ke sushi king..sy akan hebahkan pd mereka.
Cuba lah datang ke restoren saya kerana insyaallah saya jamin Halal..saya tidak menggunakan mirin langsung dan shoyu yang saya gunakan tidak mengandungi alkohol. Restoren saya memang tidak ada sijil halal, kami sudah mencuba malangnya saya harus mendapatkan sijil halal dari supplier di Jepun yang membuatkan misi untuk mendapatkan sijil halal saya terbantut..ofkos lah mereka di Jepun tidak ada sijil halal. Tetapi saya tetap akan mencuba juga cara lain. InsyaAllah!
ReplyDeleteSushi saya hanya menggunakan vinegar..
www.oshima-restaurant.com
Ashraf
sy share yer artikel ni kat blog sy...
ReplyDeletetrima ksh...
kalau rice wine ada alkohol ,apa bezanya dengan tapai tradisional kita yang diperam..mesti ada kandungan alkohol.saya rasa rice wine dan tapai tak banyak beza.
ReplyDeleteambe dok gemar make sushi. ambe make budu. hahaha :P
ReplyDeletek
ReplyDeleteex-staf sushi king
ReplyDeleteactually kepada semua org kat luar tu..ada dua jenis cup kat sushi king...satu khas ntok beer n satu lagi khas ntok green tea...cup2 ni dibasuh berasingan ( untuk mengelakkan pecah jika dicuci menggunakan mesin yg canggih..import tau..jdi cuci tgn pakai sarung tgn!!) n tugas mencuci nyer terpulang kepada sesiapa yg mahu..beer tu pulak pakai tin punya..kalo botol dh sah2 ada bar kt outlet kn?...n satu lgi ader ke outlet yg fully halal yg semaju sushi king? aku tabik spring cara diorng bisnes bukan mcm kita yg bukak kedai satu dua tahun pastu lingkup hahahaha
kredit to sushi king
kredit
mohon share di blog saya ye..
ReplyDeletetq :)
Soalan saya di-sini. Saya selalu terbaca tentang restaurant ni halal/haram dsbnya, termasuklah Kopitiam2 yg hidup seperti cendawan sekrg. Persoalan utama di-sini adakah pihak JAKIM sendiri mengambil langkah pro-active dlm isu ini? Seperti keluar dari pejabat & kerusi berhawa dingin & bukan sahaja melawat dan pandai mengeluarkan saman; tetapi BERCAKAP & BERBINCANG dengan empunya restoren2 ini utk mendapatkan sijil halal? Ini juga tanggungjawab utama JAKIM memandangkan ramai pelanggan Islam mengunjungi restoren sebegini. Pokoknya di-sini, JAKIM perlu juga memainkan peranan yg proactive daripada hanya `mem-brand-kan' ini halal, itu haram. JAKIM perlu risau & tidak tidur malam sebolehnya sekiranya nampak ramai pelanggan Islam mengunjungi establishment begini.
ReplyDeleteSaya rasa tanggungjawab mencari yang halal tu terletak pada setiap individu. Sebelum pergi makan kat mana-mana tempat pastikan dulu status halal tempat tersebut, bukan main masuk je bila tengok ramai orang Islam masuk. Kalau nak meletakkan semua tanggungjawab pada JAKIM, itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Sesetengah restoran tidak berminat untuk mendapatkan sijil halal kerana tanpa sijil halal tetap ramai pelanggan Islam dan bukan Islam yang berkunjung. Adalah di luar bidang kuasa JAKIM untuk mewajibkan setiap premis mendapatkan pensijilan halal melainkan atas kesedaran premis itu sendiri mengemukakan permohonan.
DeleteAdakah patut kita memaksa pelanggan Islam mengunjungi restoren Melayu Islam yg cuma menghidang lauk pauk yg sama saban hari? Sebagai manusia kita mesti lah berhendakkan pelbagai jenis makanan cth: hari ni Piza, esok western breakfast, tulat Japanese dsbnya. Takkan semua org Melayu Islam di Malaysia ni nak makan nasi 3 kali satu hari tiap2 hari???
ReplyDeleteMemandangkan fenomena ini dan memandangkan selera `Melayu' kita telah didedahkan kepada berpuluh jenis masakan dari budaya atau negara lain, oleh itu, JAKIM kena lah lebih peka & sensitive ttg hal ini; serta memainkan peranan lebih `hands-on'.
Kalau setakat `chop' sini halal, sana haram...sesiapa pun boleh buat! Bukan sahaja itu, tindakan yg TIDAK proactive ini dari pihak JAKIM sendiri mengundang mana2 individu Islam yg busuk hati utk senang-senang `mem-brand-kan' restoren mana2 haram, sekaligus menyebabkan org itu rugi, semata2 untuk menaikkan restoren org Islam sahaja...
Adakah itu dibenarkan oleh agama kita?? Sila renung diri sendiri sebelum menuding jari pada org lain.
sangat setuju dengan pandangan anda!
Deletesy share yer
ReplyDeletearak kalo dibasuh da kira bersih soal pingan mangkuk bercampur bukan jadisoalnye sbb kalo cawan y lepas isi arak kalo do basuh bersih da ble wat minum air biasa. logo dan sijil halal bukanlah sesuatu y di wajibkan xkan la nak harapkan JAKIM je yang kena mantau semua kedai di seluruh malaysia halal ke dak.kita la sebagai pengguna yang kena pilih nak makan ape. ape yang kita makan tu jadi darah daging kita membentuk peribadi kita. fikir-fikirkanlah
ReplyDeleteLOGO HALAL ADALAH PANDUAN MENYATAKAN RESTORAN BOLEH DIKUNJUNGI,KALAU SELERANYA MACAM2 FIKIR SENDIRILAH JANGAN LETAK DOSA PAHALA PADA ORANG LAIN,SENDIRI MAKAN SENDIRI TANGGUNG,LOGO BOLEH DI BELI JADI PENIPUAN ADA DI MANE MENE,HANYA HATI KECIL KITA SAHAJA YANG TIDAK MENIPU
ReplyDeletebg aku....jakim perlu buat kerja...bukan setakat ckp n letak taruk cop halal n haram..ape cer? keluar n siasat la...apa guna jakim salah satu badan kerajaan..tak boleh ka..jakim link dgn ssm..check semua syarikat2 makanan...pegi buat lawatan n berbincang? ni kata ja "negara islam" mufti yg dok dlm jakim pun....fikir pasal jawatan n pangkat ja kut...turun ke bawah la....
ReplyDeletekdg2 bosan la...dgn jakim ni...
Berfikir dulu sebelum menulis. Jangan main tulis sesuka hati. Meletakkan anggapan yang menjurus kepada fitnah adalah dosa besar. JAKIM akan melakukan pemeriksaan ke atas mana-mana syarikat yang mengemukakan permohonan sijil halal. Malah sekiranya terdapat aduan daripada pengguna, JAKIM akan turun padang untuk memastikan kesahihannya.
Delete"Apabila dicuci, campur dengan pinggan mangkuk yang lain. Memang sah tidak halal."
ReplyDeleterasenye ade salah paham kat sini... arak bukan najis mughallazah.. tpi cme najis mutawassitah... ble bekas arak dah pun dibasuh sehingga hilang bau, warna n rasa.. so boleh guna tuk kegunaan len...
setuju2..arak bkn la ssuatu yg prlu disamak..ckup la skadar dgn mmbasuh shgga brsih..dharap pgguna muslim dpt mmbtolkn statement anda ye..tkt mngelirukn umat..tq.
ReplyDeletesy share jugk...hehehe
ReplyDeletebersungguh sungguh petah ya korang semata2 sebab sushi ni? senang2, buad sendirik. konfirm halal punye. Apoodah.
ReplyDeleteWahai rakan-rakan, sememangnya mirin itu memang sejenis alkohol. tetapi adakah ia menyebabkan kita mabuk? adakah kita sengaja menyalahgunakan sushi untuk kita mabuk? sekiranya hati kita berada atas landasan yang betul, tidak menjadi masalah. sememangnya pelbagai barang yang kita gunakan setiap hari mengandungi alkohol, penyembur rambut, pencuci cecair dsb. kita jumpa doktor pun, doktor cuci luka, buat steril pisau pembedahan dan kemudian membedah kita. takkan kita masih mahukan ke-halalan walaupun kita di ambang mati jika tidak menjalani pembedahan itu? fikirkanlah.
ReplyDeleteMohon share.tq :)
ReplyDeletethanks for the info. baru cadang nak makan kat sane. cancel la :P
ReplyDeletetq alot for the info...skrg ni sy dpt offer dr sushi king n dh pun sign appointment later...keje kt HQ tp tk 3 bln ptama, kene keje kt retaurant..insyaallah start keje bln mei..sblm ni sy tau yg sushi king mmg xdpt halal certfcte sbb ade serve beer as their drink. tp xsgka plak yg dlm sushi itu sndr ada alcohol. ada sapa2 x leh tolong, patut x sy keje or tolak? huhuhu sy dilema coz bkn sng nk dpt keje, tp keje ni xtau halal k x....huhuhu please help me...i hv decide it before this monday
ReplyDeletesalam.. alhamdulillah, mmg trcari2 jwpn kpd halalkah sushi king..? dpt pn.. sgt bguna.izinkan share ye.. jazakallah.
ReplyDeletetenkiu..sy mmg dari dulu lagi was-was dgn makanan ni, kalau dah tahu sesetengah makanan mempunyai alcohol and sesetengah outlets ada serve alcohol kenapa still nak memilih makan di situ..carilah yg halal..
ReplyDeletedah kalau nk makan sangat pegi la mkn..x pyh nak takwil2 bg byk alasan...
ReplyDeleteape2 pun sushi king sendiri dah mengaku diorang tak halal. Bagus jugak sushi king ni sebab jujur membalas email dengan memberitahu bahawa sushi king tidak halal kerana dalam sushi ada alcohol. Kita pun tak rugi kalau tak makan sushi pun.
ReplyDeleteMakanan ni ssah la nak dielakan status halal atau x...elok masak sndiri,pgi youtube belajar recipe baru yg kita je tahu status halal 2.itu pun klu brg2 supermarket halal jgk...Tapi klu dfikirkan baik2, haram 2 sbb bleh memudaratkan dn mbhyakn kesihatan.Klu merokok terlalu byk/gula dlm makanan or minuman kmudian mmudaratkan kesihatan kira sama situasinya.Luaskan lagi pmikiran kita
ReplyDeleteSolution utk halal ke haram,bek tanam pokok sdiri...buat kicap sdiri,brg2 supermarket lain (blajar buat sdiri) or cari peniaga yg smmgnya mmtingkn quality bukan quantiti(jg halal n kbersihan).Utk kita jangan malas nak masak kat umah(trutama pompuan)thu nak makan kedai sahaja.Belakang dapur kedai bukannya tahu bersih x diorang masak or "halal" dan jgnla malas nak berniaga,asyik2 org luar je pgng pasaran.Mana ke x makanan,tanah,kuasa smuanya org luar pgg.Kaum kita sdiri malas nak buat smua bda 2 tahu nk tunding jari ke orang lain.Buang sampah merata2,smpai sungai kotor rosakkan sistem ecomarin...itu x penah nk salahkan diri sndiri.Adoi.. ambila iktibar wahai org sekililing mmbaca blog ini
ReplyDeletebila berbicara tentang HALAL semua nak bersuara..itu xbleh ini haram..halal haram sbnarnya bermula dari kita mencari nafkah..itu yg perlu dipersoalkan terlebih dulu..rezeki yg aku cari utk bagi makan pakai anak2 aku tu halal ke x?p keje,ade ke antara kita yg p keje dari 8-5 xngelat walau sesaat?kalau xmkn sushi skalipun ada juga anak2 bangsa kita yg xmenjadi?salahkan siapa?salahkan kedai sushi? lagi satu,berapa ramai org melayu yg buka perniagaan yg betul2 nak membantu org lain terutamanya rakyat ISLAM? kalau nak difikirkan halal haram,ade anda lihat dari mula proses menebang tebu hingga menjadi gula?renung2kan...
ReplyDeletesebenarnya soal halal haram ni, kita umat Islam WAJIB mencari yang halal. bila dah was-was, baik di elakkan. lagi satu, tentang alkohol, dalam al Quran dah sebut, arak (alcohol) tu haram, tak kira la kita minum sikit @ banyak, mabuk atau tak, HARAM tetap HARAM. lagi satu, alcohol tuk perubatan, kosmetik tu lain. pikir logik, mane ada orang togok spirit tuk pembedahan?pembedahan tu dah kira darurat, dah masuk topik lain.
ReplyDeletemakan shushi xharam..tp kedai shushi king punya menu tu yg haram! sbb?!! ade mnyediakan arak! kite org islam hendaklah sensitif dgn perkara ini...Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
ReplyDeleteRiwayat :
Bukhari – Kitab Jumaat (Hadith no. 903)
Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 70)
Tirmizi – Kitab Fitnah (Hadith no. 2098)
Nasaie – Kitab Iman (Hadith no. 4922 & 4923)
Abu Daud – Kitab Sembahyang (Hadith no. 963) & Kitab Keganasan (Hadith no. 3777)
Ibnu Majah – Kitab Sembahyang (Hadith no. 1265) & Kitab Fitnah (Hadith no. 4003)
Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 10, 20, 49, 52, 54, 56 & 92)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
Riwayat Anas
jadi kesimpulannya..jgn lah kite termasuk 10 golongan ini...tetapi jika kita tidak mngetahui sebelum ini..mohonlah keampunan kepada ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN...
firman Allah S.W.T yang bermaksud:” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
sekian....
daripada kita sibuk salahkan JAKIM, lebih baik kita salahkan diri sendiri. dah banyak sangat ke kerja yg kita dah buat untuk Islam sehingga sanggup mempertikaikan kerja orang lain? kita ada akal untuk berfikir, maka bertindaklah selagi kita boleh. jgn sampai nikmat akal ditarik, semuapun kita makan mcm org tak siuman (nauzubillah).
ReplyDeletekalau macam tu jusco, carrefour, tesco, giant, cold storage, 7e semua haram beli di situ, kan? coz mereka pon jual arak.
ReplyDeleteoh jap cuka pon haram, coz kalau ikut sains cuka ade alkohol.
mirin itu haram kerana dia adalah arak, iaitu perkara yg memabukkan bukannya kerana kandungan alkohol nya. dlm arak pasti ada alkohol tapi bukan semua alkohol itu arak. alkohol dlm sabun basuh tgn kat operation theater tuh bukan arak, sekian doktor basuh tgn dgn nya n tidak basuh lagi untuk hilangkannya sebelum makan kerana die bukan arak.
kepada penulis sila paham maksud arak n alkohol.
minta maaf jika tersalah bahasa
dan allah lah yg lebih mengetahui wallahua'lam.
jangan minum sabun basuh tangan tu yer... nnt mabuk, tak pun pengsan terus tak bangun2 hehhehe.
DeleteBaru jer tbace artikel ni.Same jer isu dia kt sini..kalau rase nk sgt makan sushi kt sushi king tu..makan jelah..xyah nk debate lebih2..xde sape pon nak larang gi makan kt situ. alkohol dlm perubatan nk disamakn dgn dlm makanan?hmm..kena belaja lebih lg tu..Apepon,berterima kasih dgn huraian dlm blog ni.
ReplyDeleteTah apala mentality sesetengah umat islam nie ek..dah ditunjuk yang betul..nak jugak membangkang.Nak sangat makan..makanla...tapi jangan la merendahkan usaha orang lain tuk membantu & meyebarkan apa yang diketahui.Baik , buruk, suka tak suka, halal, haram..hati sendiri boleh pilih.Kalau nak jugak pilih yang haram..pilihla.Kubur masing masing.Dosa pun tanggung sendirikan..Anyway..Thanks to penulis yang sudi share info.
ReplyDeletebukan masalah dia hidang arak atau tidak, masalah dia adalah arak digunakan DALAM MASAKAN..xpaham lagi ke?
ReplyDeletebetul korang cakap bekas arak kalu dah cuci boleh guna balik..betut tu, pandai~ tapi dlm masakan??
arak walaupun tidak memabukkan sama aje haram..bukan masalah dia mabuk ke tidak..senang cite mcm ni la>>>
arak itu najis..arak=sake=najis digunakan dlm masakan apa jadi????? benda yg ko masak tu jadi najis la=haram!!!
nak sgt mkn najis sanggup bagi alasan mcm2 dgn hujah yg 'bernas'...teruskan la makan..JAKIM dah cakap xnak bagi, degil!
hanya sesetengah menu di sushi king meletakkan KANDUNGAN alkohol dalam makanan tersebut BUKAN semua.Menu lain tidak dinyatakan bahan yg digunakan.SILA BACA EMAIL KEDUA INI YG TELAH DINYATAKAN DI ATAS~
DeleteEnquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.
Jawapan dari Sushi King :
Dear Faeza,
Thank you for your enquiry.
Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.
Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
6 menu shj dinyatakan meletakkan mirin (alkohol)..bermakna menu lain tiada.
p/s: tidak perlu terlalu beremosi memberikan komen..agak memalukan diri di situ..chill~~
MINTAK SHARE .. MEKASIH ..
ReplyDeleteMirin and tapai(rise wine) is the same, in fact, our tapai contains a higher alcohol in it compared to mirin in sushi rice. So why isn't it forbidden? explain.
ReplyDeleteUSAHA JAKIM ADALAH TERBAIK..KLO TAK TAU JANGAN TUDUH SEBARANGAN..YANG HALAL TETAP HALAL ..YANG HARAM TETAP HARAM..ITU TERMAKTUB DALAM ALQURAN..KITA ORANG ISLAM KENA HATI-HATI DALAM SOAL PEMAKANAN...MAKANAN KITA KAN JADI DARAH DAGING..TU YANG JIWA ORANG ISLAM SEKARANG SUKAR DIDIDIK, DEGIL,HATI BATU..TENGOK KAT SEKOLAH RENDAH DAH CUKUP...KECIK2 DAH BIADAP DENGAN GURU.....BUKAN TAK ADA MAKANAN LAIN YANG HALAL...PILIHAN DI TANGAN KITA..FIKIR-FIKIRKANLAH..
ReplyDeleteya JAKIM tidak memberikan logo Halal tetapi tidak juga melabelkan mereka Haram..so what do u say?
DeleteJAKIM hanya akan bagi status HALAL bila syarikat tersebut mengemukakan permohonan dan setelah diaudit mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Namun terdapat juga syarikat yang mengemukakan permohonan dan mereka tidak berjaya mendapatkan status HALAL bukan kerana produk mereka adalah HARAM tetapi kerana terdapat pengeluaran produk halal dan haram dalam sebuah syarikat yang sama. Misalnya syarikat yang menghasilkan arak dan mereka berminat menghasilkan produk minuman lain selain arak. Walau apapun yang mereka lakukan sijil HALAL tetap tidak akan diberi walaupun produk minuman itu terbukti HALAL. Jadi untuk meletakkan status HARAM pada produk minuman ini, ianya adalah tidak wajar.
Deleteknp ssh sgt nak terima halal haram yg telah org lain selidik ? benda haram halal dah jadi 1 benda wajib utk kite ikut dan jadi darah daging kita . jgn pandai ckp je sbb kita sendiri suka mkn makanan tu . sbb dah selalu sgt makan makanan haram , hati jd mati . hukum ALLAH tu, wajib kita titik berat kan . ingat !
ReplyDeleteadalah sushi yang dijual di pusat beli-belah giant halal?
ReplyDeleteHindarkan dr membeli makanan Jepun yg tidak mendpt sijil halal sbb bahan2 yg digunakan mengandungi mirin, sake, alcohol dll
DeleteTak kiralah samada ianya dijual di Restoran Jepun, hotel, hypermarket, supermarket, kiosk dll.
MELAYU DEGIL....DAH BNYAK SGT DISUAP NAJIS NI..SAMPAI HATI LIAT MENERIMA KEBENARAN...FUUUHHH
ReplyDeleteyg sokong 100% percent mesti tak makan sushi kan?? kadang tu baca komen sume org ada gak yang make sense.. tp sushi king je yang x halal kan..
ReplyDeletemakan shushi jusco je settle :) http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?ty=directory&type=P&cari=sushi&page=1
ReplyDeleteIni pun ktk tengok betul2...apa yg telah disahkan halal, bukan semuanya. Misalnya, unagi yg diluluskan Jakim adalah dari Taiwan tp yg dijual di Jusco adalah dari negeri China...of course tak sama wlpun produk unagi tu sama. Kalau kita tengok, tiada pun logo halal dipamerkan pd produk2 makanan Jepun baik sushi, bento, donburi dsbnya.
DeleteSy khuatir ini hanya gimik syarikat utk menarik pelanggan Islam utk membeli sushi dgn beranggapan bahawa semuanya halal iaitu "blanket approval" tp sebenarnya hanya sebilangan kecil shj.
Saudara saudari seagamaku. Dalamilah hukum islam sebelum berhujah. Meletakkan sesusatu hukum islam hendaklah berlandaskan Al-Quran dan hadis yg sahih dan bkn mengikut kepandaian akal, logik dan selainnye. Meletakkan sesuatu hujah @ mengeluarkn fatwa sendiri tanpa kepastian, walaupn kebetulan bertepatan dgn hukum sebenar @ maksud ayat Quran @ hadis dikira salah dan berdosa.
ReplyDeleteYg halal tu jelas, yg haram tu pn jelas. Barang yg diragui halal @ haram tu syubhat namanya. Barang yg syubhat perlu dijauhkn kerana ia menghampiri haram. Apabila ada rasa berbolak-balik dlm hati, syubhat la maknanya. Syubhat mendatangkn fitnah. Tp xde la smpai bwk lampu suluh pegi kilang gula tgk bahan2 ape dia pakai. Islam x suruh smpai mcm tu. Berbeza dgn beli daging import, kena peka soal sembelihan.
Ramai org melayu @ islam kt negara ni yg masih tak peka dgn isu halal haram ni. Ingt asal dlm jusco aje sume halal. Hotel besar2 sume halal. Bg mereka yg peka pula, keliru bila tgk ramai org yg pakai tudung kerja @ mkn kt restoran yg xde logo halal. Halal ke haram restoran ni? Tu kn fitnah namanya.
Bkn nk tuding jari, tp sesama islam bkn kah wajib menegah kemungkaran? Isytihar negara islam, marah dikatakn x islam, tp JAKIM x mampu nk keluarkn kenyataan paling tidak pn sebln sekali dlm media secara terang2ngan update restoran2 yg x halal @ syubhat ni supaya sume org islam peka. Ini nk kena masuk laman web JAKIM br bleh tau yg ade sijil halal. Brp ramai yg tau? Tahap pemikiran masyarakat x sama. Lps tu ade plk yg sijil halal tetiba dh expired. Sijil halal ditarik blk. Apa ni? Yg dh mkn ni mcm mane? Nk terkeluar blk rasanya mknn yg dh msk perut ni. Mengelirukn. Toksah ckp sushi king la, ni yg melambak KFC, MCD, pizza, burger king dll yg glamour ni.
Nk salahkn JAKIM, yg kita ni plak, hanya mampu tgk aje sedara2 kita mkn @ kerja kt restoran yg syubhat ni, x tergerak hati nk menegur atau mmg x kisah? Ade plak yg dgn selamba ckp "kalau korang nk mkn terpulang la, tepuk dada, x payah la berhujah, bg yg xnk mkn toksah mkn tp jgn halang org lain nk mkn.."
Sbb dosa masing2, kubur lain2? Ingt la, di mahsyar nnt kita akan disoal..sdgkn ade x kita dakwah pd jiran sblh yg kafir pn ditanye, inikn plak sesama islam..
Betul ! This comments are really impressive ! Love this statements . It's totally truth :D
DeleteAdoiii..minat betul makan Sushi...tapi saya cuba utk berhenti...amin
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletePetikan daripada Al-Maedah & Al-An'aam :-
[5:3] Prohibited for you are animals that die of themselves, blood, the meat of pigs,* and animals dedicated to other than GOD. (Animals that die of themselves include those) strangled, struck with an object, fallen from a height, gored, attacked by a wild animal―unless you save your animal before it dies―and animals sacrificed on altars. Also prohibited is dividing the meat through a game of chance; this is an abomination. Today, the disbelievers have given up concerning (the eradication of) your religion; do not fear them and fear Me instead. Today, I have completed your religion, perfected My blessing upon you, and I have decreed Submission as the religion for you. If one is forced by famine (to eat prohibited food), without being deliberately sinful, then GOD is Forgiver, Merciful.
*5:3 The "meat" of the pig is prohibited, not the "fat." Anything that is not specifically prohibited in the Quran must be considered lawful. See 6:145-146
&
[5:90] O you who believe, intoxicants, and gambling, and the altars of idols, and the games of chance are abominations of the devil; you shall avoid them, that you may succeed.
[5:91] The devil wants to provoke animosity and hatred among you through intoxicants and gambling, and to distract you from remembering GOD, and from observing the Contact Prayers (Salat). Will you then refrain?
&
[6:145] Say, "I do not find in the revelations given to me any food that is prohibited for any eater except: (1) carrion, (2) running blood, (3) the meat* of pigs, for it is contaminated, and (4) the meat of animals blasphemously dedicated to other than GOD." If one is forced (to eat these), without being deliberate or malicious, then your Lord is Forgiver, Most Merciful.
*6:145-146 Only four kinds of animal products are prohibited: animals that die of themselves, running blood (not trapped within the meat), the meat of pigs, and animals dedicated to other than their Creator. Verse 146 informs us that such prohibitions are very specific; God prohibits either "the meat" or "the fat," or both, if He so wills.
[6:146] For those who are Jewish we prohibited animals with undivided hoofs; and of the cattle and sheep we prohibited the fat, except that which is carried on their backs, or in the viscera, or mixed with bones. That was a retribution for their transgressions, and we are truthful.
Dah, x payah gaduh2 sbb semuanya ada dlm Al-Quran.. ceritanya mudah kalau sapa2 yg tak nak ikut bukannya dia bantah & rebel kat sapa2 tp terang2 la dia lawan Allah Ta'ala.. Bottom line baca Al-Quran & lepas tu implore Allah Ta'ala sbb hanya Allah shj yg boleh mengajar & membimbing sapa2 yg dia nak bimbing.. Al-Quran kalam Allah atau bahasa kasarnya manual utk manusia hidup kat bumi..
Bila dapat bimbingan Allah Ta'ala citer2 yg tgh dok berlaku la ni bukanlah isu utama.. isunya tanya diri balik are u accepted with god covenant or simply with the opposing team..
salam..
ReplyDeleteapasal pulak yg Jakim yg kena bgtau boleh makan ke tak? Jakim pon org jugak.. apa takkan tak tau kat Malaysia nie majoritinya yg kerja gomen boleh kawtim.. apa yg pakai songkok & ketayap nie terkecuali ke? sibuk sgt pasal logo halal.. apa dah tak boleh nilai sendiri? Cuba2 la baca Al-Quran baru la tahu.. Allah Ta'ala larang buat apa yg kita tak tahu.. jd the opposite tak tahu adalah ambil tahu dgn cari knowledge sebanyak mungkin.. take heed.. tu la terlalu berharap sgt dgn Jakim, akhirnya dah jadikan logo Jakim & Jakim sbg Tuhan yg boleh halalkan apa yg Allah Ta'ala jadikan dalam dunia ini.. Tu la ikut lagi cakap org yg nak jadi arab wannabe sepatutnya kita kena hijrah jadi Righteous Muslim baru betul..
Assalamualaikum
ReplyDeleteAdakah sesiapa tahu tentang chuka idako? Adakah ia halal dimakan?
Chuka idako tu bermaksud "baby octopus" yg byk digunakan dlm sushi, takoyaki dan sebagai appetizer di Restoran Jepun. Setahu saya, setakat ini belum ada yg halal sbb ia mengandungi mirin, sake dan shoyu (kicap soya Jepun beralkohol). Kandungan alkoholnya melebihi kadar 0.01% (kadar tertinggi yg diluluskan oleh JAKIM & JAIS).
Deleteadakah soft shell crab halal? setahu saya ia hidupan dua alam, jadi orang islam boleh makan?
ReplyDeletemohon untuk dishare.... tq.. :)
ReplyDeleteI just got this infor from Sushi King Malaysia website (http://www.sushi-king.com/FAQ_71_1.htm). Hope this info will help us.
ReplyDeleteHalal Issue:
a) Are Sushi King Restaurants Halal certified by JAKIM?:
Sushi King is not certified 'Halal' from Jakim.
Our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal-certified source.
All food served at Sushi King restaurants is pork-free.
Rest assures, no mirin (Japanese cooking wine) and no alcohol added in all our products, sushi or sashimi.
b) Are the food products served suitable for Muslim’s consumption?:
We are serving products which are pork free and without additional alcohol ingredient content. Our drinks are all also non-alcoholic.
c) Why is Sushi King still not getting Halal Certificate from JAKIM?:
Management of Sushi Kin Sdn. Bhd. is still in the research progress towards getting Halal Certification from JAKIM.
Sushi Rice:
Our sushi rice is mix with sushi vinegar but not wine. Our soy sauce (shoyu) and sweet sauce (nitsume) also do not have alcohol added.
Kenyataan dr Sushi King ni amat mengelirukan...kalau dah begitu mengapa tak mohon je sijil halal?
DeleteSy rasa mereka masih buat research bagaimana nak "come up with alternatives for mirin, sake, shoyu etc". Dan sebelum objektif tu tercapai, mereka kena "continue with existing recipes". Bukan senang nak cari alternatif yg dpt mengekalkan rasa masakan mereka. Mcm kita jugak, mana nak cari alternatif kpd belacan misalnya. Belacan tetap belacan, sake tetap sake...boleh ke buat sake halal?
Itulah yg kami hadapi di Restoran Yukimi's Sushi dulu bila nak cari alternatif kpd bhn2 tu (lihat komen sy di bawah...lawati www.facebook.com/yukimissushi) dlm proses apply sijil halal dulu.
Mau tak mau, rasanya akan berbeza...oleh itu, rasa sushi dan makanan Jepun lain kami kena di"Malaysianized" sikit ttp tetap memenuhi citarasa pelanggan M'sia. Yg penting ianya halal.
So, sy rasa SK masih lagi menggunakan bhn2 haram tu selagi mereka belum berjaya menemukan alternatif yg akan mengekalkan citarasa masakan Jepun. That is what their business is all about. Kalau tak nanti lari pulak pelanggan Jepun dan non-muslim yg lain. Itu yg dinamakan "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
Hanya pandangan peribadi sy.
Alhamdulillah terima kasih.boleh saya tanya di mana kedai yang menjual makanan jepun yang halal?
ReplyDeleteAssalamualaikum wrt.
ReplyDeleteTerlebih dahulu sy ingin memohon maaf kerana bukan niat sy utk mempromosikan Restaurant Jepun kami di sini ttp semata2 utk memenuhi tuntutan sbg seorang Muslim. Sy baru saja terjumpa blog ini berkenaan Sushi King.
Sebenarnya Restoran Yukimi's Sushi (FB: www.facebook.com/yukimissushi), yg diusahakan oleh sy dan suami sejak tahun 2008, telah mendapat Persijilan Halal pd Jan. 2012 dr pihak JAIS Sarawak, setelah berusaha bbp tahun utk memenuhi segala keperluan halal, bukan shj dr aspek bahan2 yg digunakan ttp juga dr aspek kebersihan premis dan keselamatan makanan. Restoran Yukimi's Sushi adalah satu2nya restoran makanan Jepun yg diiktiraf halal di M'sia setakat ini.
Objektif utama sy dan suami utk membuka Restoran Jepun yg benar2 halal sekembalinya kami dr Jepun, setelah lebih 4 thn menetap di Aizu, Fukushima, adalah kerana ingin memenuhi tuntutan fardu kifayah. Kami sekeluarga pun mmg amat meminati makanan Jepun. Kami sedar bahawa Sushi King tidak halal dan amat sedih bila melihat ramai org Islam yg mengunjungi nya wlpun tiada tertera sijil Halal. Setelah belajar masakan Jepun di sana, sy mula mengetahui ttg sebhgian bahan2 yg digunakan adalah tidak halal spt mirin, sake, shoyu (kicap), alcohol dll yg menjadi bhn utama dlm kbykn produk2 spt nasi, unagi, baby octopus, udon, ramen, sos takoyaki dsbnya.
Oleh itu, kami telah mengantikan bhn2 ini dgn alternatif yg halal, wlpun tidak dinafikn rasanya mungkin tidak 100% spt masakan asalnya. Ttp ramai pelanggan tetap Sushi King sblm ini memberi komen yg positif dan ramai yg mengatakan rasa Yukimi's Sushi lebih sedap. Sambutan dr masyarakat Islam di Kuching amat menggalakkan dan ramai pelanggan dr Semenanjung yg bertanya bila lagi nak membuka cawangan di Semenanjung. Insya Allah akan diusahakan.
Sila lawati FB kami @ www.facebook.com/YukimisSushi utk keterangan lanjut.
Sekian, wassalam.
Halida Mohd. Idris
Kuching.